Thursday, June 16, 2011

Tamak membawa Kerugian..

skg ni ak mw post pasal ni sifat tamak yg mmbawa byk keburukan..kira ak bt entri ni sebenarny khusus untk mengingatkn diri sendri..harap2 skrang dan akan datang dijauhkan dgn sifat tamak nie...
secara umunya, sifat tamak 2 adalah keinginan untuk memiliki sesuatu tanpa batasan atau sikao haloba yang tak pernah rasa cukup dengan kekayaan yang boleh mengakibatkan kita semua ni terjerumus dalam lembah kehancuran..


Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah, nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.” (Riwayat Ahmad).



manakala bagi manusia yang tidak dapat menjaga dan mengawal hati mereka, nikmat yang Allah swt berikan kepada mereka menjadi ujian samada mereka bersifat dengan sifat-sifat berikut;
  1. Sifat Tamak dan bakhil.
  2. Sifat sombong dan membangga diri.
  3. Sifat Riak.
  4. Sifat Ujub.
  5. Sifat Cintakan dunia, kemegahan dan takutkan mati.
  6. Hasad dengki.
perasaan tamak & kedekut merupakan sifat yang tercela dalam diri seseorang. malah tamak diibaratkan sebagai benih yang menumbuhkan pokok kehinaan. Melalui sifat ini akan menambahkan lagi sifat buruk seperti rakus dan pentingkan diri sendiri. Sifat ini juga akan menghancurkan kehidupan seseorang.
kita seharusnya cuba menjauhi sifat2 yang tercela ini dan cuba untuk menjalani hidup dalam keadaan yang bersederhana..harap2 ak pn sentiasa la dijauhi dengan sifat2 tamak haloba ini,aminnn...


p/s: sesetengah info ak dpt daripada klik sini dan sini..

No comments:

Post a Comment